Pages

Gadis Mumia 500 Tahun Dari Zaman Inca (Video dan Gambar)

Asik baca pasal mumia firaun je kan. Kadang2 buhsan gak. Pada tahun 1999, 3 orang budak dipercayai mangsa korban upacara keagaan di jumpai dimumiakan oleh alam dengan begitu sempurna. Yang paling menarik adalah sorang awek umur 16 tahun yang paling perfect skali. Skali imbas muka dia macam bebudak melayu tulen zaman 60-an.

Ketiga-tiga digemokkan dulu selama beberapa lama, sampai jadi gemok. Mereka mungkin diberi makan McD tiap2 hari macam rakyat malaysia. Pastu dah cukup berat badan yang dikehendaki, mereka kemudiannya akan di beri sjenis dadah bagi mengatasi had keupayaan badan mereka ntuk berada di altitud yang tinggi. Ini kerana diorang dijumpai di atas bekas gunung berapi Llullaillaco.

Budak kedua merupakan sorang kanak2 lelaki dipercayai berumur 7 tahun dan yang ketiga adalah bayi berumur 6 bulan. Kesiannya, mereka berlumuran darah yang memungkin para penyiasat seperti Mulder n Scully ntuk mengesyaki bahawa mereka dibunuh untuk ritual. Ini kerana, tempat bersemadinya mereka ialah di gunung tersebut yang dipercayai apabila mereka mati kelak, merekalah yang akan menjaga cucu cicit kaum Inca.