Pages

Kontrak Ternak Untuk Kawalan Harga Ayam


Contract Farming adalah kaedah penternakan yang dilakukan oleh syarikat2 besar seperti KFC bagi memastikan bekalan ayam segar mereka mencukupi dengan harga
yang terkawal.



Petani hanya menyediakan reban yang berkapasiti 10 ribu ekor pengeluaran sehari
dengan 30 reban. KFC pula membekalkan anak2 ayam, makanan ayam, vaksin,
ubat-ubatan, manakala di pihak penternak pula selain dari reban tertutup
hendaklah menyediakan pekerja, utiliti, keselamatan dan lain-lain berkaitan
kebersihan dan keselamatan.

Penternakan moden cara KFC membolehkan penuaian ayam dewasa hanya dalam
tempoh 30 hari. Reban moden bertutup, berlampu dan bersaliran udara dengan
sistem pembersihan automatik membolehkan reban direhatkan hanya beberapa jam
selepas penuaian dan anak-anak ayam baru boleh diternak semula.
KFC memberikan bayaran tunai RM1 (seringgit) bagi setiap ekor ayam yang dituai
dengan risiko kematian ayam yang minimal dan terkawal bagi mengelakkan ayam
dijual ke luar.

Seandainya kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
melaksanakan sistem ini secara terus iaitu tanpa kontraktor pembekal anak ayam,
makanan dan lain-lain, harga seekor ayam mampu dikawal dibawah paras RM5.00
sekilogram.

Ini bermakna Kementeria menerusi agensi-agensinya mesti
mengeluarkan makanan ayam sendiri dan menyediakan hatchery sendiri yang
berkapasiti 1 juta ekor minima sebulan.

Kaedah penternakan secara kontrak ini jika dibuka kepada rakyat marhaein
terutamanya dari kalangan bumiputera mampu melahirkan sekurang-kurangnya 100
jutawan ayam dalam tempoh setahun sahaja.

Kiraan mudah ; 10,000 ekor ayam x RM1 x 30 hari = RM300,000.
Kos kakitangan, utiliti dan lain-lain dibawah RM50,000 sebulan; ini bermakna
usahawan ayam mampu meraih keuntungan bersih RM250,000 sebulan iaitu RM3
juta setahun.

Sekiranya peluang ini dibuka hanya untuk 150 orang usahawan sahaja, maka
kerajaan mampu mengeluarkan 1.5 juta ekor ayam sehari. Bayangkan jika peluang
ini dibuka kepada 200 atau 500 usahawan, nescaya kita mampu mengeksport ayam
dan produk berasaskan ayam halal dalam tempoh setahun sahaja.

Kaedah ini mampu mengimbangi harga ayam di pasaran maksima 2 bulan dari
tarikh perlaksanaan, sekiranya diuruskan dengan betul.

Kejayaan sistem ini memerlukan komitmen dari semua pihak dan paling penting
adalah TIADA KONTRAKTOR ATAU PEMBEKAL PIHAK KETIGA TERBABIT!

Adakah kerajaan sudah tidak mampu berfikir sehingga kita memberi lesen terbuka kepada pengimport ayam? Adakah ia dijamin halal? Adakah kita tak boleh memikirkan jalan sehingga meminta rakyat jangan beli ayam? Atau adakah majlis keramaian kerajaan tidak ada ayam? link